Sunday, February 28, 2010

Rasul Melayu Mengaku Sesat

September 25th, 2009
Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

Abdul Kahar mengaku sesat

Pengamal ajaran sesat yang mengisytiharkan dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, 59, dan tidak mengaku bersalah sebelum ini menukar pengakuannya kepada bersalah atas lima pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Pengakuan dengan rela hati tanpa paksaan tersebut dibuat oleh bekas pekerja zoo itu di hadapan Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad selepas kesemua kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Abdul Kahar diwakili Peguam Syarie Musa Awang.

Dalam pertuduhan pertama, Abdul Kahar didapati menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang cukup sekadar mencegah perbuatan keji dan perkara mungkar manakala ibadah haji adalah sia-sia dan merugikan.

Bagi pertuduhan kedua, dia yang belajar setakat darjah lima di sekolah Melayu turut mengisytiharkan dirinya sebagai rasul bagi orang Melayu sedangkan ia palsu dan bertentangan dengan Islam dan hukum syarak.

Pertuduhan ketiga, Abdul Kahar didakwa menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa iaitu mengakui dirinya Rasul (utusan Allah) yang diutuskan untuk orang Melayu.

Bagi pertuduhan keempat, dia dituduh mengabaikan arahan mufti dengan terus mengajar ajaran Abdul Kahar kepada tiga pengikutnya, Hanif Taslin, Nurhelmi Ikhsan dan Mohammad Nabil Abu Naim sedangkan perkara itu telah difatwakan sebagai menyeleweng.
Pertuduhan terakhir, dia didakwa mempersendakan dengan perkataan, amalan berhubung agama Islam di bawah Seksyen 10(b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor dengan menyatakan jika ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tunggang tonggek dan membebel seorang diri.

No comments:

Post a Comment

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...