Wasiat - Hibah

Sila baca keratan akhbar ini...















MASALAH BERBANGKIT DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA -

1. Tiada pelantikan Wasi atau Pentadbir Harta Pusaka
2. Dokumen yang diperlukan tidak lengkap seperti ketiadaan Sijil Kematian,
Sijil Faraid (bagi yang beragama Islam), dokumen berkaitan harta dan hutang
(contohnya buku simpanan bank, geran kereta, geran tanah dan lain-lain).
3. Tiada kerjasama yang baik daripada waris simati. Waris simati tidak hadir
ketika perbicaraan dijalankan.
4. Tiada persefahaman dan berlaku persengketaan di antara waris simati.
5. Tanggapan pentadbiran harta pusaka tidak penting dan menyusahkan.
6. Kurang kesedaran dalam perancangan harta pusaka.
5. Berlaku kematian berlapis yang mengakibatkan pentadbiran pusaka sukar untuk
diselesaikan.


Jenis-jenis Harta Pusaka :

i. Harta Pusaka Berwasiat (Testate)
ii. Harta Pusaka Tidak Berwasiat (Intestate Estate)

Peranan Peguam Syarie sebagai Pentadbir Harta Pusaka :

1. Mewakili waris di Mahkamah dan menguruskan harta pusaka bagi pihak waris.
2. Meneliti senarai harta, liabiliti dan mengenalpasti Penghutang dan Pemiutang
simati.
3. Membantu waris elunaskan segala hutang simati kepada pihak-pihak yang berkaitan.
4. Mendapatkan Suratkuasa dari Mahkamah Tinggi (sivil)
5. Mendapatkan Sijil Faraid
6. Membantu waris mengagihkan harta pusaka berdasarkan Hukum Faraid

Pentadbiran Harta Pusaka penting bagi memastikan Harta Pusaka simati dapat dimanfaatkan oleh waris dan tidak terbiar begitu sahaja. Pentadbiran Harta Pusaka seharusnya diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan penganiayaan berlaku serta menghindari kerumitan waris terhadap harta pusaka itu.

Dokumen Yang Diperlukan :

1. Sijil kematian/Bukti Kematian,
2. Sijil Faraid,
3. Salinan Daftar Perkahwinan/Perceraian,
4. Salinan Kad Pengenalan dan salinan Sijil Kelahiran waris,
5. Dokumen bukti pemilikan simati atas sesuatu harta contohnya buku simpanan bank, geran kereta dan lain-lain.

Keperluan dokumen adalah berbeza antara satu kes dengan kes yang lain.




WASIAT

Apa itu Wasiat

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat Pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian.

Syarat-syarat

* Pembahagian harta boleh dibuat dengan wasiat kepada bukan waris dan ahli waris yang terlindung daripada menerima harta pusaka melalui faraid.

* Hanya satu pertiga (1/3) daripada baki harta selepas ditolak segala hutang yang masih belum diselesaikan boleh diwasiatkan. Dua pertiga (2/3) daripada harta Pewasiat adalah merupakan hak ahli waris menurut Hukum Faraid.

* Pewasiat boleh mewasiatkan hartanya melebihi satu pertiga (1/3) sekiranya semua ahli waris bersetuju dengan pembahagian tersebut selepas kematian Pewasiat.

Mengapa Wasiat itu penting?

Berwasiat merupakan suatu tindakan mulia untuk menzahirkan keinginan Pewasiat terhadap pembahagian harta yang dikumpul semasa hidup. Perwarisan harta yang dirancang melalui wasiat dapat diagihkan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga yang tersayang selepas kematian.

* Pelantikan Wasi melalui dokumen wasiat akan memudahkan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka selepas kematian.

* Dapat menzahirkan hasrat pengagihan harta untuk tujuan kebajikan dan keluarga tersayang.

* Menjamin masa depan insan yang anda sayangi dengan pembahagian yang dihasratkan.

* Pelantikan penjaga yang dipercayai melalui wasiat akan menjamin kebajikan anak-anak di bawah umur selepas kematian anda.

* Mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris-waris yang ditinggalkan.


Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat

Firma kami menyediakan perkhidmatan secara profesional dalam Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Wasiat secara mudah, cepat dan berpatutan. Sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun ke atas atau bagi negeri Sabah, 21 tahun ke atas dan waras pemikiran boleh membuat Wasiat dengan kos perkhidmatan yang berpatutan. Proses penyediaan wasiat di firma kami dilaksanakan secara profesional mengikut undang-undang Syariah. Penyimpanan wasiat sepanjang hayat adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya. Proses pelaksanaan wasiat selepas kematian Pewasiat dilakukan secara efektif bagi memastikan hasrat Pewasiat terlaksana dengan sewajarnya.

Klausa Penting Dalam Wasiat

1. Nasihat dan pesanan yang baik kepada suami atau isteri, anak-anak dan ahli
keluarga yang lain.
2. Nama isteri atau suami, anak-anak dan waris yang layak.
3. Pengisytiharan harta dan hutang yang dimiliki.
4. Arahan untuk melunaskan segala hutang.
5. Menyatakan hasrat pengagihan harta kepada insan yang disayangi atau untuk tujuan
kebajikan.
6. Pelantikan Wasi, Pemegang Amanah dan Penjaga bagi anak di bawah umur atau orang
kurang upaya dan cacat akal.
7. Arahan Pewasiat terhadap perbelanjaan yang diperlukan untuk mentadbir harta
pusaka. Pewasiat boleh menyatakan larangannya supaya tidak menggunakan hartanya
bagi tujuan yang tidak bermanfaat kepada dirinya dan waris-waris yang
ditinggalkan.

Dokumen Wasiat akan ditandatangani oleh Pewasiat dan disaksikan oleh ;
Dua (2) orang saksi lelaki atau seorang (1) saksi lelaki dan dua (2) orang saksi perempuan atau empat (4) orang saksi perempuan.

Penyimpanan Wasiat

Wasiat akan disimpan dengan selamat bagi menjamin tahap kerahsiaannya dan terhindar daripada pemalsuan serta pengubahan yang tidak sah. Kandungan Wasiat adalah SULIT dan tidak akan diubah tanpa arahan Pewasiat.

LIHAT LAGI BERITA-BERITA TENTANG MASALAH-MASALAH YANG BAKAL TIMBUL JIKA PEMBAHAGIAN HARTA TIDAK DISELESAIKAN SEBELUM MATI...












HIBAH

Apa itu Hibah?

Hibah adalah pemindahan harta tanpa balasan mengikut syarat-syarat tertentu. Ia berbeza dengan sadaqah atau hadiah. Sadaqah atau sedekar ialah pemberian atau pemindahan milik yang dibuat dengan niat memperolehi pahala di akhirat. Manakala hadiah ialah pemberian kepada seseorang kerana menunjukkan rasa hormat atau berterimakasih kepadanya.


Dalil Hibah

Pemberian digalakkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Bertukar-tukar hadiah di kalangan kamu kerana ia mengukuhkan perasaan saying di antara satu sama lain.”

Dalam hadith lain, baginda S.A.W bersabda bermaksud : “Berilah hadiah kepada seseorang lain kerana hadiah menghindari rasa cemburu.”

Hibah menurut undang-undang

Hibah diiktiraf oleh undang-undang Syariah dan undang-undang sivil.

Seseorang boleh menurut undang-undang memberi hartanya kepada seseorang yang lain secara inter-vivos, iaitu semasa hidup dan ia tidak terhad jumlahnya. Tidak seperti pemberian melalui Wasiat yang terhad hanya setakat 1/3 daripada keseluruhan hartanya.

Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Hibah

Pihak kami ada menyediakan perkhidmatan menyediakan Deklarasi Hibah secara mudah, cepat dan berpatutan, untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa terhad jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas kematian anda. Proses penyediaan dokumen Hibah dilaksanakan secara profesional mengikut undang-undang Syariah. Penyimpanan dokumen Hibah sepanjang hayat adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya. Proses pengesahan dan pelaksanaan hibah dilakukan secara efektif bagi memastikan hasrat Pemberi hibah terlaksana dengan sewajarnya.

Dokumen Deklarasi Hibah

Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik harta yang menyatakan bahawa beliau memberi harta tersebut kepada penerima hidah (benefisiari) dan beliau memegang harta tersebut untuk kepentingan penerima hidah. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.



ANDA BOLEH MENGHUBUNGI FIRMA KAMI DAN MENETAPKAN TEMUJANJI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT LANJUT BERHUBUNG INSTRUMEN WASIAT & HIBAH INI.

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...