Wednesday, May 6, 2009

Wife-killer seeks share of her money

The Star 29 January 2009

SHAH ALAM, Jan 28 – Former Petronas Carigali geologist Muhamad Suhaimi Abdul Aziz is challenging the Syariah High Court decision allowing Amanah Raya Berhad’s application to drop his name from the list of beneficiaries of his late wife’s estate totalling RM319,445.02.

He filed the notice of appeal at the Selangor Syariah Court of Appeal Registry here today through counsel Musa Awang.

Suhaimi, 48, stabbed his wife, Faizah Arshad, who was a human resources officer at Petronas Carigali, to death in a bathroom at their house in Bukit Damansara, Kuala Lumpur, at 3pm on Sep 25, 1999.

However, he was acquitted of murder by reason of insanity and ordered to undergo rehabilitation at Hospital Bahagia in Tanjung Rambutan until Oct 4, 2007. He now leads a normal life under his father’s care in Terengganu.

On Jan 15 this year, Syariah High Court Judge Saarani Ismail ruled that Suhaimi had lost his eligibility as a beneficiary of his wife’s estate when he killed his wife.
He said that in the interest of Faizah’s remaining family members, namely, her parents and three children who had more rights to the estate, the estate was to be divided among them according to “faraid” while Suhaimi was to bear the cost. – Bernama

Wednesday, April 22, 2009

Roslin tidak pernah tiduri Faizah

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


________________________________________
Kosmo 22 April 2009

PETALING JAYA Saya terkejut, tidak sangka dia beri kenyataan begitu! Sumpah, kami tidak pernah bersama!

Itu jawapan tegas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam ketika ditanya sama ada dia pernah mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Faizah Mohamad sebelum lafaz cerai yang diucapkan di luar mahkamah pada 11 Februari lalu.

Faizah, 32, yang mendengar keterangan Roslin bagaimanapun hanya memandang ke arah ahli keluarganya di belakang sambil menggelengkan kepala kerana dalam keterangannya sebelum itu Faizah mendakwa mereka pernah bersama.

Kedua-duanya hadir bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan Faizah selaku plaintif pada 20 Februari lalu.

Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah ternyata tidak berpuas hati dengan keterangan Roslin dan bertanya sekali lagi: Benarkah? Sebab plaintif (Faizah) kata ada (seks)

Roslin, 34, bagaimanapun mendakwa dia terkejut dengan kenyataan Faizah dan sanggup bersumpah sekali lagi bagi menafikan keterangan isterinya.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Jamil Ahmad menangguhkan kes itu pada 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai mereka berikutan timbulnya percanggahan keterangan berhubung isu persetubuhan.

Sumpah isu bilik tidur

Oleh Erywan Norshal dan Nor Azura Abdul Jalil
am@hmetro.com.my
Harian Metro 22 April 2009

PETALING JAYA: “Saya terkejut dengan keterangan dia (Faizah Mohamad) yang mengatakan kami pernah melakukan persetubuhan,” kata pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Roslin, 34, turut sanggup bersumpah apabila peguam bekas isterinya itu, Musa Awang mencabarnya berikutan kenyataannya bercanggah dengan keterangan Faizah, 32, bahawa mereka pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berlaku lafaz cerai pada 11 Februari lalu.

Bagaimanapun, wartawan diminta keluar dari dewan mahkamah berikutan perbicaraan dilakukan secara tertutup selepas Roslin sanggup bersumpah.

Terdahulu, Roslin berkata, lafaz cerai itu dilakukan di rumah mentuanya di Puchong pada kira-kira jam 10.50 malam, 11 Februari lalu.
“Saya waras dan sedar ketika melafazkan cerai berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan balas yang dikemukakan Musa.
MUSA: Apa punca perceraian ini?

ROSLIN: Tiada keserasian.

MUSA: Ada kamu rujuk semula selepas melafazkan cerai itu?

ROSLIN: Tiada.

MUSA: Ada kamu melakukan persetubuhan sebelum berlakunya perceraian itu?

ROSLIN: Tiada.

MUSA: Terdahulu, Faizah ada mengatakan bahawa dia pernah bersama sebelum lafaz cerai itu dibuat.

ROSLIN: Saya terkejut dengan kenyataan dia kerana kami belum pernah menjalani hubungan kelamin sebelum perceraian itu dibuat.

MUSA: Kamu sanggup bersumpah?

ROSLIN: Sanggup.

Pemain badminton itu turut memberitahu mahkamah bahawa tiada sesiapa memaksanya melafazkan cerai terbabit ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd Junid Mohd Ramali.

MOHD JUNID: Bila lafaz itu dibuat?

ROSLIN: Pada 11 Februari 2009, jam 10.50 malam, di rumah mentua di Puchong.

MOHD JUNID: Bagaimana cerai itu dilafazkan?

ROSLIN: Saya menyebut ‘Faizah, saya ceraikan Faizah Mohamad dengan talak satu.’

MOHD JUNID: Ada saksi ketika lafaz itu dibuat?

ROSLIN: Empat orang iaitu ibu bapa Faizah, Datuk Misbun Sidek dan Amir Yusof.

MOHD JUNID: Berapa kali lafaz?

ROSLIN: Sekali.

MOHD JUNID: Ada sesiapa paksa?

ROSLIN: Tiada.

MOHD JUNID: Ada melakukan persetubuhan selepas melakukan lafaz cerai itu.

ROSLIN: Tiada.

Bagaimanapun, Faizah ketika menjawab soalan peguamnya mengatakan dia dan Muhammad Roslin pernah melakukan hubungan kelamin sebelum bekas suaminya itu melafazkan cerai.

Katanya, dia tidak mengandung dan perceraian itu kali pertama selepas melangsungkan perkahwinan pada 31 Januari lalu.

Hakim Syarie Jamil Ahmad menetapkan 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam menolak permohonan injunksi Roslin untuk mendapatkan perintah menghalang Faizah dan abang iparnya, Zulkifli Mohamad, 35, daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes perceraian mereka kepada media.

Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu berikutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai pasangan terbabit sudah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Sunday, March 29, 2009

Serah semula saman kepada Roslin

Tuesday, March 24, 2009



FAIZAH hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam bagi mengesahkan penceraian dengan Roslin.





PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam mengarahkan Faizah Mohamad menyerahkan sekali lagi notis saman berhubung permohonan pengesahan lafaz cerai kepada suaminya, pemain perseorangan badminton negara, Muhammad Roslin Hashim (gambar).

Hakim syarie, Jamil Ahmad memutuskan demikian setelah dimaklumkan oleh peguam syarie, Musa Awang bahawa notis saman yang diberikan pada 12 Mac lalu gagal diterima dengan sempurna oleh defendan (Roslin).

Mahkamah turut menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes supaya kedua-dua pihak hadir bagi memberi keterangan masing-masing.

Terdahulu, Musa yang mewakili Faizah, 32, berkata, Roslin juga telah memfailkan permohonan yang sama pada 23 Februari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, kami telah memfailkan kes ini pada 20 Februari lalu dan mengikut undang-undang, keutamaan diberikan kepada kes yang difailkan terlebih dahulu.

"Sehubungan itu, kami telah berbincang dengan peguam Roslizam Rahim yang mewakili Roslin dan mereka bersetuju untuk menarik balik kes yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah

'Roslin-Faizah bagai tak pernah kahwin'



ROSLIN dan Faizah semasa hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak bantahan awal Faizah Mohamad, isteri bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim berhubung permohonan suaminya untuk mendapatkan perintah injunksi menghalang dia dan abangnya mengeluarkan kenyataan kepada media.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid bagaimanapun membenarkan Faizah, 32, mengemukakan bantahan secara bertulis dan dimasukkan ke dalam afidavit jawapan kepada permohonan injunksi tersebut dalam tempoh 14 hari.

Sehubungan itu, Mohamad Shakir menetapkan 10 April depan untuk mendengar kedua-dua belah pihak berhujah secara lisan berhubung permohonan itu.

Terdahulu, peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah memaklumkan pihaknya selaku responden membantah permohonan Roslin untuk mendapatkan injunksi kerana ia tidak memenuhi Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Kami juga baru menerima notis permohonan ini pada pukul 8 malam kelmarin, jadi kami memerlukan masa untuk membuat bantahan berkenaan bidang kuasa syariah sama ada mahkamah ada kuasa untuk keluarkan perintah injunksi itu," kata Musa.

Bagaimanapun, peguam Roslin, Roslizam Rahim mendakwa, ketika permohonan itu difailkan, notis perakuan segera telah disertakan sekali dengan menyatakan alasan mengapa kes itu perlu disegerakan.

Nama Suhaimi gugur sebagai pewaris

ARKIB : 16/01/2009

Muhamad Suhaimi Abdul Aziz bersama peguamnya Musa Awang keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam.




SHAH ALAM 15 Jan. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan permohonan Amanah Raya Berhad untuk menggugurkan nama bekas ahli geologi Petronas Carigali, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz daripada senarai penerima harta peninggalan isteri yang dibunuhnya, sembilan tahun lepas.



Hakim Syarie, Saarani Ismail semasa memutuskan perkara itu berkata, Muhamad Suhaimi terhalang atau hilang kelayakan sebagai waris si mati, Faizah Arshad, mengikut mazhab Syafie yang diamalkan oleh mahkamah di Selangor dan pembunuhan yang dilakukan dianggap mempercepatkan perwarisan harta si mati kepada Muhamad Suhaimi.

Saarani berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga kepentingan anggota keluarga Faizah yang lebih berhak ke atas harta peninggalannya yang berjumlah RM319,445.02.

''

Selain itu, mahkamah turut membenarkan satu permohonan teratur dilaksanakan untuk penentuan pihak-pihak dalam pembahagian faraid dan kos (mahkamah) ditanggung oleh Muhamad Suhaimi,'' katanya.



Muhamad Suhaimi, selaku defendan pertama hadir di mahkamah bersama peguamnya, Musa Awang sementara peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar hadir mewakili Amanah Raya, selaku plaintif.

Ibu bapa Faizah, Arshad Shafiee, 81, dan Mariam Abdul Latif, 74, (defendan kedua dan ketiga) bagaimanapun tidak hadir kerana uzur. Mereka hanya diwakili peguam syarie Hairunnajmi Najmuddin.



Amanah Raya sebelum ini mengemukakan permohonan untuk menggugurkan nama Muhamad Suhaimi yang tertera dalam sijil pembahagian harta yang berhak ke atas tiga bahagian daripada jumlah keseluruhan wang tunai RM319,445.02 peninggalan Faizah.

Selain Muhamad Suhaimi, dua anak lelaki Faizah, Mohamad Fariz, 18, (defendan keempat) dan Muhamad Syafiq, 16, (defendan kelima) berhak menerima dua bahagian masing-masing sementara anak perempuannya, Sarah, 13, (defendan keenam) hanya satu bahagian, manakala Arshad dan Mariam setiap seorang berhak dua bahagian harta itu.



Amanah Raya juga memohon membatalkan Sijil Pembahagian Harta (faraid) bertarikh 13 Oktober 2000 dengan mengeluarkan nama Muhamad Suhaimi sebagai penerima pusaka dan memohon supaya sijil baru dikeluarkan.

Muhamad Suhaimi, 48, didakwa membunuh dengan cara menikam Faizah, pegawai sumber manusia Petronas Carigali, dalam bilik air di rumah mereka di Bukit Damansara pada 3 petang, 25 September 1999.

Dia bagaimanapun dibebaskan daripada tuduhan itu atas alasan kurang siuman dan menjalani rawatan pemulihan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong sehingga 4 Oktober 2007.

Dia kini menjalani hidup seperti biasa di bawah jagaan bapanya di Terengganu.



Terdahulu, dalam penghakimannya, Saarani berkata, keempat-empat mazhab dalam Islam iaitu mazhab Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hambali dan Imam Hanafi sepakat berpendapat bahawa pembunuh adalah dihalang daripada mewarisi harta orang yang dibunuhnya, tetapi mempunyai pendapat berlainan mengenai cara pembunuhan itu dilakukan.

''Berdasarkan Imam Shafie, seorang pembunuh tidak layak untuk mewarisi harta orang yang dibunuhnya sama ada dibuat secara sengaja atau tidak sengaja atau terpaksa. Mahkamah bersetuju dengan pendapat Imam Shafie bahawa seorang pembunuh adalah terhalang untuk mewarisi (harta orang yang dibunuhnya) termasuk orang tidak siuman.

''Pendapat ini bagi menjaga hubungan kekeluargaan kerana pembunuhan boleh dikatakan sebagai cuba untuk mempercepatkan perwarisan harta kepadanya. Mahkamah secara asasnya mengambil kira empat pendapat itu tetapi daripada sudut pengalaman ia lebih mengutamakan pendapat Shafie,'' katanya.



Selain itu, Saarani berkata, walaupun Muhamad Suhaimi dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana tidak siuman, mahkamah itu bagaimanapun tidak menafikan bahawa pembunuhan telah dilakukan.

Beliau juga bersetuju dengan hujahan peguam defendan kedua hingga keenam bahawa faktor alat yang digunakan oleh pembunuh boleh mensabitkan niat membunuh.

''Dalam kes ini laporan menyebut defendan satu (Muhamad Suhaimi) menggunakan sebilah pisau. Mahkamah berpendapat faktor ini konsisten dengan pendapat mazhab Syafie bahawa alat yang boleh dikategorikan sebagai alat pembunuh ialah alat tajam yang boleh memotong daging dan benda keras. Jadi ini boleh dikategorikan sebagai bunuh dengan niat,'' katanya.



Sementara itu, Muhamad Suhaimi ketika ditemui pemberita di luar mahkamah enggan memberi sebarang komen.

Musa ketika ditanya sama ada akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu berkata, beliau perlu menunggu arahan selanjutnya daripada Muhamad Suhaimi.

''Buat masa ini beliau (Muhamad Suhaimi) kecewa dan terkejut dengan keputusan mahkamah lebih-lebih lagi setelah mahkamah putuskan bahawa beliau perlu menanggung kos semua pihak sedangkan beliau hadir sebagai defendan dan bukan pihak yang mengemukakan permohonan itu,'' katanya.

- Bernama

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...