Friday, September 8, 2023

Thursday, February 10, 2022

TETUAN MA & ASSOCIATES 2022

PENGENALAN FIRMA


















TETUAN MA & ASSOCIATES®
Peguam Syarie. Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid, Mediator Bertauliah

Tetuan MA & Associates adalah sebuah firma Peguam Syarie, Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid dan Meditor Bertauliah milik bumiputera sepenuhnya. Mula beroperasi pada April 2001 dengan nama Tetuan Musa Awang & Associates, dan dijenamakan semula pada 28 April 2016 dengan nama Tetuan MA & Associates.

Tetuan MA & Associates menyediakan perkhidmatan khususnya dalam aspek guaman syariah, iaitu mewakili anak guam dalam kes-kes yang melibatkan tuntutan di Mahkamah Syariah, samada dalam kes mal/sivil atau jenayah, pengesahan hibah, pengesahan wasiat dan permohonan pusaka (faraid), dan sebagainya.

Tetuan MA & Associates juga menyediakan perkhidmatan dalam hal-ehwal perundangan syariah, undang-undang kekeluargaan Islam dan lain-lain, yang tidak melibatkan pertikaian di mahkamah seperti penyediaan dokumen hibah, wasiat, penyelesaian pembahagian pusaka (faraid), perjanjian bersama dan sebagainya.

Tetuan MA & Associates turut terlibat menyediakan perkhidmatan ADR (Alternative Dispute Resolution) iaitu resolusi pertikaian alternatif dengan mengadakan proses mediasi dan rundingcara kepada pihak-pihak yang bertikai atau litigasi Mahkamah.

Sehingga kini firma ini berusia lebih 21 tahun, dikenali sebagai firma yang mengekalkan reputasi, tradisi keilmuan, dan profesionalisme dalam menawarkan khidmat kepakarannya kepada pelanggan.


VISI FIRMA

Visi utama firma Tetuan MA & Associates adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kepada pihak-pihak lain yang terlibat.

Firma ini juga berhasrat memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan.

Selain itu juga, firma ini juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan servis kepada pelanggan yang lebih pantas, tuntas, terjamin dan berkualiti.

Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaan para tenaga yang professional, berkemahiran dan berilmu pengetahuan luas dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.

Firma ini akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu menjana pendapatan kepada firma.


LATARBELAKANG FIRMA

Nama Perniagaan:  MA & ASSOCIATES

No. Pendaftaran:     SA0381003-X

Pejabat Utama : AC1-1A, Tingkat 1, Jalam Plumbum AC/7AC, Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 SHAH ALAM Selangor Darul Ehsan. Malaysia.

Telefon:  +603-55114391. +603-55245100

Faksimili: +603-55245100 


Laman Sesawang:  https://peguamsyariemas.blogspot.com

Facebook: Peguam Syarie MA


ASSOCIATES FIRMA

Senior Partner

Musa Bin Awang, P.P.N
Pingat Pangkuan Negara (2007)
Bachelor of Syariah (Hons), Malaya
Post Graduate Diploma, (Syariah & Law Practice), UIAM
Certificate of Mediation, Australia


Associates

Hilmi Bin Halim
B.A Syariah & Law (Hons), USIM
Post Graduate Diploma, DIJAP, USIM. 

NurulSuhaida Binti M.Saleh
B.A Syariah with Law (Hons), KUIS
Post Graduate Diploma In Administration of Judiciary & Islamic Legal Practice, UKM
 

Pelatih Dalam Kamar (Pupil in Chamber)
 
Nurin Jazlyna Binti Muhammad Yazid
B.A Syariah With Law (Hons), KUIS
  

Kakitangan Sokongan

Khairul Hilmi Bin Che Ali

Badzli Bin Yusuff (Penghantar Notis Sambilan)





 


Friday, May 29, 2020


OPERASI FIRMA SEPANJANG PKP/PKPB

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA FIRMA KAMI BEROPERASI SEPERTI BIASA DENGAN SOP KESIHATAN & KESELAMATAN KETAT DI SEPANJANG TEMPOH PKP/PKPD INI BAGI MENGAWAL PENYEBARAN VIRUS COVID-19 KEPADA KAKITANGAN/PELANGGAN.

Bagi pelanggan yang mempunyai isu/persoalan yang SEGERA/MENDESAK seperti:

Permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah,
Tuntutan fasakh
Tuntutan nafkah isteri/nafkah anak, tuntutan hak jagaan/hak lawatan anak,
Permohonan Interim Hak Jagaan Sementara anak atau
Hak Lawatan Sementara anak,
Tuntutan cerai persetujuan bersama/hakam/fasakh/taklik,
Permohonan Injunksi Transaksi Harta Sepencarian atau
Injunksi tubuh badan
dan lain-lain,

boleh berhubung dengan kami di talian berikut untuk temujanji/konsultasi.

Untuk temujanji/konsultasi sila hubungi :

03-55114391/0355245100
013-330-8590 (Tuan Hilmi)
Email : firmamaa@yahoo.com
https:peguamsyariemas.blogspot.com



















musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...