Masalah Hak Anda?

Berikut adalah beberapa masalah yang mungkin telah dilalui atau bakal ditempuh oleh anda?

• Anda mungkin tertanya-tanya apakah hak-hak anda sebagai suami dan sebagai isteri menurut Hukum Syarak dan undang-undang Syariah di negara ini?

• Sebagai seorang anak, anda juga tentu tertanya-tanya apakah hak anda?

• Jika berlaku perceraian atau kematian, anda juga tentu tertanya-tanya apakah hak-hak anda?

• Jika anda sebagai isteri yang diceraikan suami, anda mungkin tertanya-tanya apakah Hukum Syarak membela anda? Apa pula hak anda di sisi undang-undang? Bagaimanakah prosedur tuntutan hendak dibuat? Mudahkah? Susahkah?

• Adakah tanggungjawab anda sebagai suami untuk member nafkah
kepada isteri dan anak-anak akan terputus sebaik sahaja anda menceraikan isteri, atau ia akan berterusan? Jika berterusan, sehingga bila?

• Jika anda sebagai isteri yang taat, tetapi kemudian diceraikan oleh suami bukan berpunca dari anda, adakah anda boleh menuntut sebarang gantirugi atau wang saguhati atau hadiah dari bekas suami? Kalau boleh, bagaimana tuntutan hendak dibuat?

• Boleh atau tidak anda sebagai suami yang menceraikan isteri anda, tetapi anda hanya ingin memberikan Mutaah kepada bekas isteri dalam berbentuk pakaian, barang-barang sahaja, bukan dalam bentuk wang? Dan jika bekas isteri anda tidak bersetuju dengan pemberian itu, apa yang perlu anda lakukan?

• Jika anda seorang isteri yang diceraikan, bagaimana hendak mengetahui iddah anda? Kalau anda tidak disetubuhi suami sepanjang berkahwin, perlukah ana beriddah? Bagaimana pula iddah anda jika anda mengandung atau putus haid?

• Berapa pula kadar nafkah iddah yang sepatutnya anda perolehi?

• Selepas diceraikan, adakah anda masih berhak tinggal di rumah yang disediakan suami, atau anda perlu keluar dari rumah tersebut? Bagaimana jika anda sebatang kara dan tiada tempat tinggal lain?

• Selepas bercerai, siapa yang berhak menjaga anak-anak?

• Anak-anak anda masih di bawah umur mumayyiz dan sepatutnya hak jagaan kepada ibu mereka. Tetapi bagaimana jika bekas isteri anda seorang yang berperangai keji, social dan sebagainya? Apa yang anda perlu lakukan? Bagaimana pula jika bekas isteri anda seorang yang kasar dan bengis, atau telah berkahwin lain?

• Apakah had umur untuk menentukan anak anda masih di bawah umur mumaiyyiz itu? Bagaimana jika anak anda lelaki berumur 7 tahun atau perempuan berumur 9 tahun, tetapi perkembangan minda anak-anak tidak sebagaimana umurnya?

• Jika ibu hilang kelayakan hak jagaan anak, maka siapa yang berhak diserahkan hak jagaan anak-anaka itu? Adakah bapa akan terus diberikan hak jagaan?

• Jika anak yang telah mumayyiz memilih untuk tinggal dengan anda, kemudian beberapa lama selepas itu dia beralih kepada bekas suami anda, apa yang perlu anda lakukan?

• Kalaulah si anak memilih untuk tinggal dengan bekas isteri anda, sedangkan anda tahu bahawa bekas isteri anda seorang yang social dan buruk akhlaknya? Apa yang perlu anda lakukan?

• Apa pula hak anda sebagai ibu atau bapa yang tidak diberikan hak jagaan anak-anak? Adakah anda boleh mohon melawat, bermalam dan bersama anak-anak? Apabila anak memilih bekas isteri anda maka anak akan tinggal bersama ibunya, tetapi
kemudian anda ditegah daripada menjenguk anak. Apa yang perlu anda lakukan?

• Anak luar nikah - siapakah yang berhak menjaga anak yang
tak sah taraf?

• Sehingga umur berapa anda perlu menanggung nafkah anak? Jika anda sebagai bapa mampu memberi nafkah, adakah anda masih wajib member nafkah kepada anak?

• Anda sebagai ibu yang menjaga anak-anak, bapa mereka tidak memberikan nafkah, apa yang perlu anda buat?

• Telah ada perintah tentang bayaran nafkah anak oleh bekas suami, tetapi bekas suami cuai atau abai, apa pula yang perlu anda lakukan?

• Anda pernah mengambil anak angkat, semasa masih bersama isteri. Kemudian berlaku perceraian. Siapakah perlu menyara nafkah anak angkat tersebut?

• Harta sepencarian - bagaimana prinsip harta itu dibahagikan? Jika ada keterangan yang cukup siapa yang mengusahakan harta itu, maka siapakah yang akan memperolehinya? Jika kedua-dua tidak ada keterangan yang cukup di atas usaha masing-masing, apa pula yang perlu dilakukan?

• Bagaimana jika anda sebagai seorang isteri yang hanya bertugas sebagai suri rumahtangga sepenuh masa, adakah anda berpeluang menuntut harta sepencarian?

• Adakah anda sebagai bekas isteri boleh membuat tuntutan hutang ke atas bekas suami, jika bekas suami tidak membayar mas kahwin, tidak memberi saraan hidup ketika dalam tempoh
perkahwinan, tunggakan nafkah anak dan sebagainya?

• Lain-lain persoalan yang bermain di benak anda?

Jadi, untuk rungkaikan masalah anda, hubungi kami di talian 03-5511 4391 atau 03-5524 5100 dan tetapkan temujanji dengan mana-mana Peguam Syarie kami.

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...