Wednesday, April 22, 2009

Sumpah isu bilik tidur

Oleh Erywan Norshal dan Nor Azura Abdul Jalil
am@hmetro.com.my
Harian Metro 22 April 2009

PETALING JAYA: “Saya terkejut dengan keterangan dia (Faizah Mohamad) yang mengatakan kami pernah melakukan persetubuhan,” kata pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Roslin, 34, turut sanggup bersumpah apabila peguam bekas isterinya itu, Musa Awang mencabarnya berikutan kenyataannya bercanggah dengan keterangan Faizah, 32, bahawa mereka pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berlaku lafaz cerai pada 11 Februari lalu.

Bagaimanapun, wartawan diminta keluar dari dewan mahkamah berikutan perbicaraan dilakukan secara tertutup selepas Roslin sanggup bersumpah.

Terdahulu, Roslin berkata, lafaz cerai itu dilakukan di rumah mentuanya di Puchong pada kira-kira jam 10.50 malam, 11 Februari lalu.
“Saya waras dan sedar ketika melafazkan cerai berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan balas yang dikemukakan Musa.
MUSA: Apa punca perceraian ini?

ROSLIN: Tiada keserasian.

MUSA: Ada kamu rujuk semula selepas melafazkan cerai itu?

ROSLIN: Tiada.

MUSA: Ada kamu melakukan persetubuhan sebelum berlakunya perceraian itu?

ROSLIN: Tiada.

MUSA: Terdahulu, Faizah ada mengatakan bahawa dia pernah bersama sebelum lafaz cerai itu dibuat.

ROSLIN: Saya terkejut dengan kenyataan dia kerana kami belum pernah menjalani hubungan kelamin sebelum perceraian itu dibuat.

MUSA: Kamu sanggup bersumpah?

ROSLIN: Sanggup.

Pemain badminton itu turut memberitahu mahkamah bahawa tiada sesiapa memaksanya melafazkan cerai terbabit ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd Junid Mohd Ramali.

MOHD JUNID: Bila lafaz itu dibuat?

ROSLIN: Pada 11 Februari 2009, jam 10.50 malam, di rumah mentua di Puchong.

MOHD JUNID: Bagaimana cerai itu dilafazkan?

ROSLIN: Saya menyebut ‘Faizah, saya ceraikan Faizah Mohamad dengan talak satu.’

MOHD JUNID: Ada saksi ketika lafaz itu dibuat?

ROSLIN: Empat orang iaitu ibu bapa Faizah, Datuk Misbun Sidek dan Amir Yusof.

MOHD JUNID: Berapa kali lafaz?

ROSLIN: Sekali.

MOHD JUNID: Ada sesiapa paksa?

ROSLIN: Tiada.

MOHD JUNID: Ada melakukan persetubuhan selepas melakukan lafaz cerai itu.

ROSLIN: Tiada.

Bagaimanapun, Faizah ketika menjawab soalan peguamnya mengatakan dia dan Muhammad Roslin pernah melakukan hubungan kelamin sebelum bekas suaminya itu melafazkan cerai.

Katanya, dia tidak mengandung dan perceraian itu kali pertama selepas melangsungkan perkahwinan pada 31 Januari lalu.

Hakim Syarie Jamil Ahmad menetapkan 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai itu.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam menolak permohonan injunksi Roslin untuk mendapatkan perintah menghalang Faizah dan abang iparnya, Zulkifli Mohamad, 35, daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes perceraian mereka kepada media.

Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu berikutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai pasangan terbabit sudah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

2 comments:

  1. Assalamu alaikum

    Saya ada soalan dan saya amat memerlukan pertolongan tuan Ibu saya membuat hibah (harta atas namanya tanah dan rumah) pada tahun 2008 dan sekarang amat uzur dan pertuturannya kabur. Hibah yang dirancang dengan peguam syarie belum didedahkan kepada 10 orang anaknya. Hanya saya seorang yang mengetahuinya. Harta itu diagihkan sama kepada semua orang. Ibu takut ada anak mahu minta lebih sebab itu dia belum mahu keluarkan. Saya anak bongsu yang menjaga beliau risau kerana ada abang dan kakak menuduh saya macam-macam. Patutkah hibah itu disimpan atau didedahkan?

    ReplyDelete
  2. Salam. Boleh hubungi pejabat saya untuk penjelasan dan temujanji

    ReplyDelete

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...