Sunday, March 29, 2009

'Roslin-Faizah bagai tak pernah kahwin'



ROSLIN dan Faizah semasa hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak bantahan awal Faizah Mohamad, isteri bekas jaguh badminton negara, Muhammad Roslin Hashim berhubung permohonan suaminya untuk mendapatkan perintah injunksi menghalang dia dan abangnya mengeluarkan kenyataan kepada media.

Hakim Syarie, Mohamad Shakir Abdul Hamid bagaimanapun membenarkan Faizah, 32, mengemukakan bantahan secara bertulis dan dimasukkan ke dalam afidavit jawapan kepada permohonan injunksi tersebut dalam tempoh 14 hari.

Sehubungan itu, Mohamad Shakir menetapkan 10 April depan untuk mendengar kedua-dua belah pihak berhujah secara lisan berhubung permohonan itu.

Terdahulu, peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah memaklumkan pihaknya selaku responden membantah permohonan Roslin untuk mendapatkan injunksi kerana ia tidak memenuhi Seksyen 45 dan Seksyen 46 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

"Kami juga baru menerima notis permohonan ini pada pukul 8 malam kelmarin, jadi kami memerlukan masa untuk membuat bantahan berkenaan bidang kuasa syariah sama ada mahkamah ada kuasa untuk keluarkan perintah injunksi itu," kata Musa.

Bagaimanapun, peguam Roslin, Roslizam Rahim mendakwa, ketika permohonan itu difailkan, notis perakuan segera telah disertakan sekali dengan menyatakan alasan mengapa kes itu perlu disegerakan.

No comments:

Post a Comment

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal...

musa awang: Lafaz Ta’liq Selepas Akad Nikah Bagi Negeri Di Mal... : (gambar hiasan) Lafaz ta’liq adalah lafaz talak tergantung yang dibaca d...