Wednesday, July 10, 2024

FIRMA TETUAN MA & ASSOCIATES 2024

PENGENALAN FIRMA


















TETUAN MA & ASSOCIATES®
Peguam Syarie. Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid, Mediator Bertauliah

Tetuan MA & Associates adalah sebuah firma Peguam Syarie, Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid dan Meditor Bertauliah milik bumiputera sepenuhnya. Mula beroperasi pada April 2001 dengan nama Tetuan Musa Awang & Associates, dan dijenamakan semula pada 28 April 2016 dengan nama Tetuan MA & Associates.

Tetuan MA & Associates menyediakan perkhidmatan khususnya dalam aspek guaman syariah, iaitu mewakili anak guam dalam kes-kes yang melibatkan tuntutan di Mahkamah Syariah, samada dalam kes mal/sivil atau jenayah, pengesahan hibah, pengesahan wasiat dan permohonan pusaka (faraid), dan sebagainya.

Tetuan MA & Associates juga menyediakan perkhidmatan dalam hal-ehwal perundangan syariah, undang-undang kekeluargaan Islam dan lain-lain, yang tidak melibatkan pertikaian di mahkamah seperti penyediaan dokumen hibah, wasiat, penyelesaian pembahagian pusaka (faraid), perjanjian bersama dan sebagainya.

Tetuan MA & Associates turut terlibat menyediakan perkhidmatan ADR (Alternative Dispute Resolution) iaitu resolusi pertikaian alternatif dengan mengadakan proses mediasi dan rundingcara kepada pihak-pihak yang bertikai atau litigasi Mahkamah.

Sehingga kini firma ini berusia lebih 21 tahun, dikenali sebagai firma yang mengekalkan reputasi, tradisi keilmuan, dan profesionalisme dalam menawarkan khidmat kepakarannya kepada pelanggan.


VISI FIRMA

Visi utama firma Tetuan MA & Associates adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kepada pihak-pihak lain yang terlibat.

Firma ini juga berhasrat memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan.

Selain itu juga, firma ini juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan servis kepada pelanggan yang lebih pantas, tuntas, terjamin dan berkualiti.

Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaan para tenaga yang professional, berkemahiran dan berilmu pengetahuan luas dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.

Firma ini akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu menjana pendapatan kepada firma.


LATARBELAKANG FIRMA

Nama Perniagaan:  MA & ASSOCIATES

No. Pendaftaran:     SA0381003-X

Pejabat Utama : No. 1-3, Tingkat 2, Jalam Elektron F, U16/F, Denai Alam, 40160 SHAH ALAM Selangor Darul Ehsan. Malaysia.

Telefon:  +603-7831 8100. Email : firmamaa@yahoo.com

Laman Sesawang:  https://peguamsyariemas.blogspot.com

Facebook: Peguam Syarie MA


FIRMA TETUAN MA & ASSOCIATES 2024

PENGENALAN FIRMA TETUAN MA & ASSOCIATES ® Peguam Syarie. Perunding Syariah,  Perunding Wasiat, Hibah & Faraid,  Mediator Bertauliah ...