PENGENALAN FIRMA
TETUAN MA & ASSOCIATES®
Peguam Syarie. Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid, Mediator Bertauliah
Tetuan MA & Associates adalah sebuah firma Peguam Syarie, Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid dan Meditor Bertauliah milik bumiputera sepenuhnya. Mula beroperasi pada April 2001 dengan nama Tetuan Musa Awang & Associates, dan dijenamakan semula pada 28 April 2016 dengan nama Tetuan MA & Associates.
Tetuan MA & Associates menyediakan perkhidmatan khususnya dalam aspek guaman syariah, iaitu mewakili anak guam dalam kes-kes yang melibatkan tuntutan di Mahkamah Syariah, samada dalam kes mal/sivil atau jenayah, pengesahan hibah, pengesahan wasiat dan permohonan pusaka (faraid), dan sebagainya.
Tetuan MA & Associates juga menyediakan perkhidmatan dalam hal-ehwal perundangan syariah, undang-undang kekeluargaan Islam dan lain-lain, yang tidak melibatkan pertikaian di mahkamah seperti penyediaan dokumen hibah, wasiat, penyelesaian pembahagian pusaka (faraid), perjanjian bersama dan sebagainya.
Tetuan MA & Associates turut terlibat menyediakan perkhidmatan ADR (Alternative Dispute Resolution) iaitu resolusi pertikaian alternatif dengan mengadakan proses mediasi dan rundingcara kepada pihak-pihak yang bertikai atau litigasi Mahkamah.
Sehingga kini firma ini berusia lebih 21 tahun, dikenali sebagai firma yang mengekalkan reputasi, tradisi keilmuan, dan profesionalisme dalam menawarkan khidmat kepakarannya kepada pelanggan.
VISI FIRMA
Visi utama firma Tetuan MA & Associates adalah untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kepada pihak-pihak lain yang terlibat.
Firma ini juga berhasrat memperluaskan lagi cabang perniagaan yang dijalankan.
Selain itu juga, firma ini juga mahu memantapkan lagi reputasi pencapaian dalam memberikan perkhidmatan dan servis kepada pelanggan yang lebih pantas, tuntas, terjamin dan berkualiti.
Bagi memastikan visi kami tercapai, penyediaan para tenaga yang professional, berkemahiran dan berilmu pengetahuan luas dalam melaksanakan tugas dengan lebih produktif.
Firma ini akan terus berusaha melaksanakan tugas dengan lebih baik dan lebih cekap disamping mampu menjana pendapatan kepada firma.
LATARBELAKANG FIRMA
Nama Perniagaan: MA & ASSOCIATES
No. Pendaftaran: SA0381003-X
Pejabat Utama : AC1-1A, Tingkat 1, Jalam Plumbum AC/7AC, Pusat Komersil Seksyen 7, 40000 SHAH ALAM Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Telefon: +603-55114391. +603-55245100
Faksimili: +603-55245100
Email : firmamaa@yahoo.com
Laman Sesawang: https://peguamsyariemas.blogspot.com
Facebook: Peguam Syarie MA
ASSOCIATES FIRMA
Senior Partner
Musa Bin Awang, P.P.N
Pingat Pangkuan Negara (2007)
Bachelor of Syariah (Hons), Malaya
Post Graduate Diploma, (Syariah & Law Practice), UIAM
Certificate of Mediation, Australia
Associates
Hilmi Bin Halim
B.A Syariah & Law (Hons), USIM
Post Graduate Diploma, DIJAP, USIM.
NurulSuhaida Binti M.Saleh
B.A Syariah with Law (Hons), KUIS
Post Graduate Diploma In Administration of Judiciary & Islamic Legal Practice, UKM
Pelatih Dalam Kamar (Pupil in Chamber)
Nurin Jazlyna Binti Muhammad Yazid
B.A Syariah With Law (Hons), KUIS
Kakitangan Sokongan
Khairul Hilmi Bin Che Ali
Badzli Bin Yusuff (Penghantar Notis Sambilan)