Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my
________________________________________
Kosmo 22 April 2009
PETALING JAYA Saya terkejut, tidak sangka dia beri kenyataan begitu! Sumpah, kami tidak pernah bersama!
Itu jawapan tegas pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam ketika ditanya sama ada dia pernah mengadakan hubungan seks dengan isterinya, Faizah Mohamad sebelum lafaz cerai yang diucapkan di luar mahkamah pada 11 Februari lalu.
Faizah, 32, yang mendengar keterangan Roslin bagaimanapun hanya memandang ke arah ahli keluarganya di belakang sambil menggelengkan kepala kerana dalam keterangannya sebelum itu Faizah mendakwa mereka pernah bersama.
Kedua-duanya hadir bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah yang difailkan Faizah selaku plaintif pada 20 Februari lalu.
Peguam syarie, Musa Awang yang mewakili Faizah ternyata tidak berpuas hati dengan keterangan Roslin dan bertanya sekali lagi: Benarkah? Sebab plaintif (Faizah) kata ada (seks)
Roslin, 34, bagaimanapun mendakwa dia terkejut dengan kenyataan Faizah dan sanggup bersumpah sekali lagi bagi menafikan keterangan isterinya.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Jamil Ahmad menangguhkan kes itu pada 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai mereka berikutan timbulnya percanggahan keterangan berhubung isu persetubuhan.
(formerly known as Musa Awang & Associates) - PEGUAM SYARIE - MEDIATOR BERTAULIAH - PERUNDING WASIAT, HIBAH, PUSAKA - * Syarie Counsel, Accredited Mediator, Will, Gift & Heritage Counsel *
Wednesday, April 22, 2009
Sumpah isu bilik tidur
Oleh Erywan Norshal dan Nor Azura Abdul Jalil
am@hmetro.com.my
Harian Metro 22 April 2009
PETALING JAYA: “Saya terkejut dengan keterangan dia (Faizah Mohamad) yang mengatakan kami pernah melakukan persetubuhan,” kata pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Roslin, 34, turut sanggup bersumpah apabila peguam bekas isterinya itu, Musa Awang mencabarnya berikutan kenyataannya bercanggah dengan keterangan Faizah, 32, bahawa mereka pernah melakukan hubungan kelamin sebelum berlaku lafaz cerai pada 11 Februari lalu.
Bagaimanapun, wartawan diminta keluar dari dewan mahkamah berikutan perbicaraan dilakukan secara tertutup selepas Roslin sanggup bersumpah.
Terdahulu, Roslin berkata, lafaz cerai itu dilakukan di rumah mentuanya di Puchong pada kira-kira jam 10.50 malam, 11 Februari lalu.
“Saya waras dan sedar ketika melafazkan cerai berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan balas yang dikemukakan Musa.
MUSA: Apa punca perceraian ini?
ROSLIN: Tiada keserasian.
MUSA: Ada kamu rujuk semula selepas melafazkan cerai itu?
ROSLIN: Tiada.
MUSA: Ada kamu melakukan persetubuhan sebelum berlakunya perceraian itu?
ROSLIN: Tiada.
MUSA: Terdahulu, Faizah ada mengatakan bahawa dia pernah bersama sebelum lafaz cerai itu dibuat.
ROSLIN: Saya terkejut dengan kenyataan dia kerana kami belum pernah menjalani hubungan kelamin sebelum perceraian itu dibuat.
MUSA: Kamu sanggup bersumpah?
ROSLIN: Sanggup.
Pemain badminton itu turut memberitahu mahkamah bahawa tiada sesiapa memaksanya melafazkan cerai terbabit ketika menjawab soalan peguamnya, Mohd Junid Mohd Ramali.
MOHD JUNID: Bila lafaz itu dibuat?
ROSLIN: Pada 11 Februari 2009, jam 10.50 malam, di rumah mentua di Puchong.
MOHD JUNID: Bagaimana cerai itu dilafazkan?
ROSLIN: Saya menyebut ‘Faizah, saya ceraikan Faizah Mohamad dengan talak satu.’
MOHD JUNID: Ada saksi ketika lafaz itu dibuat?
ROSLIN: Empat orang iaitu ibu bapa Faizah, Datuk Misbun Sidek dan Amir Yusof.
MOHD JUNID: Berapa kali lafaz?
ROSLIN: Sekali.
MOHD JUNID: Ada sesiapa paksa?
ROSLIN: Tiada.
MOHD JUNID: Ada melakukan persetubuhan selepas melakukan lafaz cerai itu.
ROSLIN: Tiada.
Bagaimanapun, Faizah ketika menjawab soalan peguamnya mengatakan dia dan Muhammad Roslin pernah melakukan hubungan kelamin sebelum bekas suaminya itu melafazkan cerai.
Katanya, dia tidak mengandung dan perceraian itu kali pertama selepas melangsungkan perkahwinan pada 31 Januari lalu.
Hakim Syarie Jamil Ahmad menetapkan 12 Mei depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai itu.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam menolak permohonan injunksi Roslin untuk mendapatkan perintah menghalang Faizah dan abang iparnya, Zulkifli Mohamad, 35, daripada mengeluarkan kenyataan berhubung kes perceraian mereka kepada media.
Hakim Syarie Mohamad Shakir Abdul Hamid membuat keputusan itu berikutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai pasangan terbabit sudah dijalankan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
FIRMA TETUAN MA & ASSOCIATES 2024
PENGENALAN FIRMA TETUAN MA & ASSOCIATES ® Peguam Syarie. Perunding Syariah, Perunding Wasiat, Hibah & Faraid, Mediator Bertauliah ...
-
ARKIB : 19/12/2008 Oleh NORAZLITA MOHD. SIES SHAH ALAM 18 Dis. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini akan memutuskan buat julung kalinya dalam s...
-
Utusan Malaysia 26/05/2003 Oleh Norazlita Mohd Sies (Wartawan Utusan) Bila sebut sahaja tentang perintah mahkamah, pihak-pihak yang diperint...
-
Utusan Malaysia : 08/10/2004 Oleh Norazlita Mohd. Sies (WARTAWAN UTUSAN) Ramai yang berpendapat senjata yang akan digunakan oleh lelaki atau...